
Bukan senang untuk jadi orang senang;
dan bukan susah jadi orang susah.
Tapi, kalau mau senang, kita mestilah
bersusah-susah
dulu demi mencapai kejayaan.
Lepas tuu, barulah senang...


Ada berbagai sebab yang menyebabkan kita sampai kepada tahap,"MENYESAL BETUL!" Antaranya putus cinta, tidak kasampaian berkahwin; Atau Mungkin kerana tidak kesampaian.....belajar tinggi-tinggi. Maklumlah ibubapa tak mampu bah. Susah bah dulu2.Mosikin tapi tak juga kelaparanlah...(Biasa makan nasi, taruh air & campur garam saja. Kadang-kadang ada juga KFC lah....mama putung itu ayam tua. Hehehe...). Terpaksa cari kerja selepas SPM kerana mahu membantu ibubapa & adik-adik supaya mereka habis sikul. Wah! betapa mulia hati org mcm nii. Jadi, janganlah menyesal kerana tak terinjak kat Kolej atau Universiti kerana telah berkorban utk kebaikan org2 yang anda sayangi. Kalau kau menyesal "hanguslah berkat kau!" Jadi, jangan kesali pengorbanan, bantuan, kebaikan, jasa dan budi yang pernah anda curahkan kpd org lain. Meskipun org2 berkenaan mcm dah tak ingat kau lagi. Dan ada pula yang bersifat "Seperti kacang lupakan kulit." Jangan menjadi penderma/pemberi yang tidak iklas. Balik-balik mengungkit-ungkit jasa/bantuan yang diberikan kpd org lain. Dan yg paling jahat perlu kita elakkan ialah sifat "buruk siku." Minta balik atau tarik balik bantuan yang diberi. Jangan begitu bah. Kalau kita bersifat seperti ini, maka jelaslah sekali bahawa bantuan yang berikan adalah bantuan yang tidak iklas. Terpaksa memberi barangkali!


