Jadi, kalau adalah masalah kecil, baiklah ianya diselesaikan semasa ianya masi kecil lagi. Dan buatlah dengan segera. Macam juga kalau ada rasa sakit sikit2 macam panas2 badan, bah! pegilah jumpa Doktor. Jangan dah sakit teruk baru cari Doktor. Gitu juga didalam hal pelajaran. Rajin2lah membaca dan baca baik-baik sehingga otak tuu penuh dengan pengetahuan. Macam ni barulah ada harapan yg tinggi utk mendapatkan AAA [hahaha]. Bukan esok ujian, malam ini minum bergelas-gelas KOPI O KAW-KAW, konon2 mau berabis belajar sampai jauh malam atau sampai pagi. Sekali masuk dewan exam, fikiran tak tentu, mulut balik-balik menguap kerana tak cukup tidur. Mata pun macam tergantung batu besar dikelopak mata, mau tidur bah. Inilah gara-gara main "last minit" belajar. BAH! Marilah kita belajar menyelesaikan masalah semasa ianya masih kecil. Macam kalau ada api kecil, padamlah semasanya masi kecil kerana mudah dan senang. Jangan dah besar itu api, baru mati-mati mau kasi padam. Susah bah kalau macam ini sifat kita. Jestru itu, marilah kita belajar menyelesaikan apa juga masalah kita semasa ianya masih kecil. Kerana ianya masih mudah diurus dan senang diselesaikan dan kos pun murah jika ada apa-apa bayaran.
Pendek kata, kecil-kecil lagi itu masalah sudah diberi perhatian sepenuhnya dan seterusnya diselesaikan awal-awal lagi. Dengan cara ini masalah yang lebih besar dan merugikan dapat dielakkan. Jangan sampai mengeluh dan berkata "Apa buli buat, nasi sudah menjadi bubur." Jadi, bertindaklah sebelum terkena dan sebelum terlambat.