c1n1 L4g1...kL1k yEr...^,^v

w4ktU skrG... ^_^

tGLkn l1nk kOrUnk Kat c1n1 y3r.... ^_^v

Thursday, July 15, 2010

Memberi Lebih....

Ada berbagai sebab yang menyebabkan kita sampai kepada tahap,"MENYESAL BETUL!" Antaranya putus cinta, tidak kasampaian berkahwin; Atau Mungkin kerana tidak kesampaian.....belajar tinggi-tinggi. Maklumlah ibubapa tak mampu bah. Susah bah dulu2.Mosikin tapi tak juga kelaparanlah...(Biasa makan nasi, taruh air & campur garam saja. Kadang-kadang ada juga KFC lah....mama putung itu ayam tua. Hehehe...). Terpaksa cari kerja selepas SPM kerana mahu membantu ibubapa & adik-adik supaya mereka habis sikul. Wah! betapa mulia hati org mcm nii. Jadi, janganlah menyesal kerana tak terinjak kat Kolej atau Universiti kerana telah berkorban utk kebaikan org2 yang anda sayangi. Kalau kau menyesal "hanguslah berkat kau!" Jadi, jangan kesali pengorbanan, bantuan, kebaikan, jasa dan budi yang pernah anda curahkan kpd org lain. Meskipun org2 berkenaan mcm dah tak ingat kau lagi. Dan ada pula yang bersifat "Seperti kacang lupakan kulit." Jangan menjadi penderma/pemberi yang tidak iklas. Balik-balik mengungkit-ungkit jasa/bantuan yang diberikan kpd org lain. Dan yg paling jahat perlu kita elakkan ialah sifat "buruk siku." Minta balik atau tarik balik bantuan yang diberi. Jangan begitu bah. Kalau kita bersifat seperti ini, maka jelaslah sekali bahawa bantuan yang berikan adalah bantuan yang tidak iklas. Terpaksa memberi barangkali!

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.com
Jadi, tak perlulah dikesali jasa yang diberikan. Kerana yang penting didalam hidup ialah memberi dengan iklas . Iini bererti TIDAK mengharapkan apa-apa balasan. Tapi kalau kena balas, jangan tolaklah...Kata orang ,"Rezeki jangan ditolak."(Hehehehe......bukan minta-mintalah kio...). Sesungguhnya, pemberian yang ikals adalah pemberian tanpa apa-apa syarat dan perjanjian. Itulah sebabnya, MEMBERI ITU LEBIH DIBERKATI DARIPADA MENERIMA. Semoga kita sentiasa memberi tanpa mengharapkan balasan. Kerana pemberian yang jujur & iklas adalah pemberian yang tidak "Ada udang disebalik batu." Jadi, marilah membantu dengan iklas dan jujur AGAR kita lebih diberkati oleh Tuhan Yang Maha Esa. DIA tahulah bah membalas apa juga kebaikan yang kita lakukan suatu hari nanti. Macam kena masuk Surga kah dan tidak kena export ke api neraka! Hehehe...


http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.com

2 comments:

Anonymous said...

wah bagi A+++ karangan ko yup paling pntg tolong urg mau ikhlas biarpun durg nda balas budi tpi tuhan tu bek hati dia yang blas budi kita tu nti so rajin2 la p smbyg k.. huhu..

Kzey said...

hihihi~ tingkiu2..ya rajin2 la kita p smbhyg...~

Post a Comment

 
sw3t...!!. Template Design By: SkinCorner